Wednesday, November 18, 2009

♥..SaRi BeRiTa TeRKiNi..♥

Sila ikut arahan di bawah sebelum anda meneruskan pembacaan entri ini :
Bayangkan ada sebuah peti televisyen di hadapan anda. Bayangkan juga ada remote. Lepas tu, tekan channel TV 15.
Bayangkan seorang pembaca berita wanita yang sangat comel lagi anggun seperti aku (sila jangan bluwek) sedang bersiap sedia untuk membaca berita.
Bayangkan kedengaran lagu Banjir nyanyian Harun Salim Bachik berkumandang. (ala..lagunya begini : banjir oo banjir o..negeri kita naik air oo..)
Lagu dihentikan. Berita pun dibacakan.

(senyum sambil berdehem2) Sari berita terkini.

PERAK - Kampung Matang Gelugor, 14 November 2009 : Pada hari Sabtu yang lalu, telah berlaku kejadian yang tidak diingini di Kampung Matang Gelugor, Taiping, Perak. Banjir besar telah melanda dan menenggelamkan sebahagian kampung. Kejadian ini juga menyebabkan terputusnya jalan yang menghubungkan Kampung Matang Gelugor dengan Pekan Matang.

     Bencana alam ini berlaku lantaran hujan lebat yang tidak berhenti selama 2 hari. Kuantiti hujan yang agak besar telah menaikkan paras sungai dan menyebabkan air melimpah ke kawasan perkampungan. Rumah Cik S yang sememangnya berdekatan dengan sungai, merupakan antara rumah yang mengalami banjir yang teruk. Mahu bukti? Ini dia!


Inilah pemandangan apabila air sungai telah melimpah naik ke tebing. Sepatutnya paras sungai adalah di bawah paras pokok sekiranya tiada banjir. Kelihatan bangku2 dan meja2 kedai makan milik keluarga Cik S turut ditenggelami banjir.



Pemandangan ini diambil dari puncak bukit kecil di hadapan rumah Cik S. Dapat kita saksikan halaman rumah Cik S menjadi ala2 kolam renang gitu. Di situ jugalah aku dan Cik S bermandi manda seperti kanak2 riang. (gambar mandi manda tidak dapat disertakan demi memelihara peradaban kami sebagai kaum wanita)



Kawasan kebun kelapa sawit yang turut dinaiki air. Mungkin pokok2 kelapa sawit ini dah lama tak mandi kot. Oh!


     Banjir yang melanda bukan sahaja memusnahkan kawasan sekitar, malahan turut memusnahkan kawasan dan barangan di dalam rumah. Walaupun kami telah memindahkan barang2 ke tempat tinggi, namun terdapat juga barang2 yang dihanyutkan banjir lantaran air yang deras. Operasi mengangkat barang2 dilakukan pada jam 4 pagi hari Sabtu. Ketika itu, air telah naik ke paras betis seorang gadis sunti seperti aku. (aww..gadis sunti you!)

     Kami telah sepakat untuk tidur di dalam khemah memandangkan banjir akan melanda bila2 masa. Emak dan ayah Cik S di khemah besar, aku dan Cik S di khemah kecil, manakala kakak dan abang ipar Cik S di dalam bilik. Situasi ini berlaku kerana rumah keluarga Cik S masih di dalam pembinaan. Jadi, tak cukup bilik nak tidur. Ini juga sebagai langkah berjaga2 memandangkan kawasan kami berkhemah itu lebih tinggi.

Nota tangan : Malangnya gambar2 perkhemahan tidak dapat disertakan kerana masing2 kalut dan kepenatan.

     Ini di antara gambar2 yang sempat diambil. Sebagai bukti banyak barang2 yang rosak dan dihanyutkan banjir :


Meja2 dan kerusi2 yang telah ditenggelami air. Ini adalah di dalam kawasan kedai makan keluarga Cik S.



Bilik Cik S yang telah ditenggelami air. Ketika banjir sampai ke kemuncaknya, paras air adalah hampir sama dengan tilam tersebut. Tinggi kan? Ish2.. (sambil geleng kepala)



Kawasan dapur rumah Cik S. Habis segala macam barang dihanyutkan banjir. Pintu almari yang menjadi tempat menyimpan barang2 dapur turut rosak. (tu maknanya nak mintak ganti almari baru le tu) Kedai terpaksa ditutup untuk hari itu.


     Lantaran banjir yang agak dahsyat, terdapat beberapa makhluk Tuhan paling seksi yang kehilangan tempat tinggal. Walaupun mereka kehilangan tempat tinggal untuk sementara waktu sahaja, namun ini memang saat2 getir buat mereka. Namun ketabahan yang telah tersemat di dada, membuatkan mereka menjadi tabah dalam menghadapi bencana alam ini. Apa yang penting? Kerjasama!

     Limpahkanlah kesimpatian anda buat mereka. Moga hari2 mereka akan menjadi lebih ceria dan bermakna. InsyaALLAH. :)


Encik Belut bin Belit yang tersesat naik ke darat apabila banjir surut. Ditemui di lantai kedai makan keluarga Cik S. (aku menjerit terkejut sebab ingatkan ular. Ces, tipah tertipu rupanya!) Kepada ahli keluarga beliau, sila tuntut beliau di tepi longkang rumah Cik S.



Cik Shifi @ Cik Ochim (Cik S durjana yang bagi nama ni kat beliau) @ Cik Memey @ Cik Miau
Ada banyak nama sebab semua orang berebut nak bagi nama kat beliau. Glamour betul beliau ni. Kalah Memey Suhaiza - si penggila Norman Hakim.



Ratu Baldi di abad ini. Sedikit tingtong, tapi comel. Hahahahahaha.. :p

     Nampaknya, sampai di sini sahajalah sari berita terkini. Semoga anda mendapat maklumat yang baru dan menyeluruh mengenai banjir yang telah melanda Kampung Matang Gelugor, Taiping, Perak. Terima kasih kerana menonton. Apa yang penting?

Assalamualaikum. (sambil senyum sampai ke telinga)

Bayangkan pentas menjadi gelap, dan lagu Banjir nyanyian Harun Salim Bachik berkumandang lagi.


Thursday, November 12, 2009

♥..JaLaN2 CaRi PeNaT..♥

alhamdulillah..selesai sudah kertas PGT 303 pada jam 11 pagi tadi..aku pun tak tahu apa yang aku merapu masa menjawab soalan2 tu..harap2 kemerapuan aku akan dipertimbangkan oleh pensyarah yang menanda..amin..

dan sejujurnya, itu adalah kertas jawapan paling kotor pernah aku hasilkan sepanjang aku belajar di Universiti Sayang Menyayang..salah eja, potong! salah kira, potong! salah info, potong! tukar data, potong! (eh, dah macam iklan potong2 wimax pulak) sampai habis cecair pemadam pen aku..

sekarang ni masa yang indah untuk berpoya2 kerana kertas seterusnya adalah pada 19hb..gile jauh jarak antara paper..ape mereka ingat, kalau bagi jarak lama2, aku baca buku ke..? sungguh takde maknanye! aku dah merancang untuk berpoya2 di rumah Cik S dari hari esok hingga Ahad..hoho.. ;) insyaALLAH..

tadi siang pun baru lepas berpoya2 di Queensbay Mall bersama teman2 tersayang..menghabiskan sisa2 kehidupan di Universiti Sayang Menyayang dengan harapan - kenangan yang dikutip, takkan dilupakan..sebenarnye aku sangat2 mengantuk, tapi demi kawan2, layan.. :)

Azma beria2 nak tengok cerita Thailand - Raging Phoenix..bila sampai2 jek kat kaunter panggung tu, ternampak pulak iklan filem Doraemon..wa..............melonjak2 nak tengok..tapi demi memelihara peradaban aku sebagai wanita dewasa (tolong jangan bluwek), aku memilih untuk tidak menontonnya..

Raging Phoenix..? ganas le cerita ni wei..tak sesuai untuk aku yang berjiwa lemah lembut ni.. (jangan bluwek sekali lagi) tapi agak kagum jugak le dengan kesan khas dalam filem ni..eh, nanti2 le aku review ek..sekarang ni nak cerita ceriti tentang pemfoyaan kami siang tadi.. :)


sempat bergambar di hadapan panggung..lepas ni, entah bila nak jejak kaki bersama2..


setelah penat menyaksikan perlawanan yang sangat dahsyat di panggung, pening kepala pulak untuk berkira2 nak makan di mana..nak pergi Restoran Pak Usin Tomyam, tapi aku masih gagal mengingati jalan sehingga kini..haru betul!

akhirnya keluar idea untuk jalan2 cari makan di Padang Kota Lama..saja nak makan2 sambil menikmati bayu laut yang menenangkan..sekali sekala berromantika (walaupun mereka semua berjantina perempuan) bersama teman2, ape salahnya..? kan..? kan..?

Yati katanye teringin nak makan [kepah / lala / kupang / sewaktu dengannya] bakar..tapi ada kerang bakar jek kat tempat tu..takpe le, layan jek le..dan kami jugak telah memesan sotong kangkung demi memenuhkan empat perut yang sedang kelaparan..

agak kecewa le bila tengok kuah sotong kangkung tu..gile cair..tapi rasa boleh tahan le sedap.. (ayat streotaip orang kuat makan) aku bantai sotong kangkung lebih sikit sebab aku tak makan kerang bakar..dah rasa seekor (betul ke penjodoh bilangan ni?), tapi macam tak bernafsu pun..


inilah kerang bakar dan sotong kangkung yang dah selamat masuk ke perut kami..burpp...alhamdulillah.. :)


tangan Azma, Yati dan Huda yang khusyuk mencungkil kerang..


Azma tak sabar nak terjah kerang dan sotong.. :p

tengah syok2 borak, hujan pulak..so, terpaksa le memblahkan diri dari situ secepat mungkin..perut dah kenyang, hati senang.. :) sedang berjalan menuju ke kereta, tiba2 terdengar satu suara :

"empat sekawan berjalan di depan..sungguh cantik dan menawan.."

ingatkan siapa le..rupa2nye ada seorang pak cik sedang berpantun..dan yang lebih manisnye, pantun tu ditujukan buat kami..wau..tiba2 rasa kami glamer dan meletop! :p

apekah..?


Tuesday, November 10, 2009

♥..SeDiH, SeDiH DaN SeDiH..♥

esok ada exam..dahsyat! pukul 9 pagi pulak tu..sangat dahsyat! aku tak habis study lagi..bapak dahsyat! tapi aku masih sempat nak update blog..apekah..? gilos dahsyat!

aku ada sebab kenapa aku rajin nak update blog walaupun dalam keadaan genting sebegini..sebabnya ialah : Blogger le paling mudah dibukak berbanding dengan laman web yang lain..nak bukak laman web Universiti Sayang Menyayang lambat, nak bukak Frenster lambat, nak bukak Facebook lambat..

so, sementara nak tunggu laman2 web yang lain tu loading, lebih baik le aku isi masa dengan merapu seketika di blog kesayangan..kan..? kan..? relevan tak alasan aku tu..?

sekarang dalam mood sedih3..kenapa..? antara sebab2nye :

tengok2 kertas soalan tahun lepas untuk subjek PGT 303 di laman web perpustakaan universiti..sedihnya sebab cuma ada satu jek kertas soalan tahun 2008..yang lebih 'terharu' bila separuh jek soalan yang ada..aku tak tahu siapa curi lagi separuh..

kat alam maya pun ade kecurian jugak ke..? kalau macam tu, nak repot kat siapa ek..?

aku tak habis ulangkaji lagi ni..boleh kata tak mula lagi pun..setakat baca gitu2 jek..ape le nak jadi dengan aku ni..bukan ke aku patut klik pada kotak kecil yang bertanda [x] di hujung atas sebelah kanan Mr DeLL..?

atau aku patut simpan Mr DeLL dalam beg, kunci beg tu dengan mangga besar bapak gajah, kemudian buang kunci mangga tu kat dalam lubang tandas..lepas habis exam, baru carik balik kunci tu..patut ke..? patut ke..?

memikirkan bagaimana le dengan anak2 aku kat kampung tu..entah kat mana le mereka merempat..entah ape le yang mereka makan..entah kat mana le mereka tido..lagi2 si kecil - Parut - tu..entah2 abah ikut cakap kakak aku supaya mereka dibuang..argh.........tak dapat bayangkan kalau itu berlaku.. :(

takde siapa kat rumah..takde siapa nak jaga mereka..takde siapa nak bagi mereka makan..sabar le anak2 ku..tak lama lagi ibu pulang ye.. (sambil mengelap air mata dengan hujung lengan baju)

asyik teringat mak dan abah..walaupun dah habiskan masa selama dua minggu di kampung sebelum ni, tapi rasa macam tak cukup..harap2 mak dan abah sihat2 di sana dan dapat melakukan semuanya dengan lancar..

terngiang2 kata2 mak semasa berbual dengan mak di telefon kelmarin..yang membuat aku menangis dengan teruknye :

"mak pun sayang Ochim..bukan mak tak sayang.." (sambil tersedu2)

aku kerugian RM 30++ dalam masa dua hari..kerugian RM 20++ sebab salah print..serius aku menangis..rasa macam bodoh kurang pandai..rasa macam nak mencekik2 diri sendiri..rasa macam tak guna sangat2..kecuaian yang membawa kepada kerugian sendiri..

yang tak boleh tahan tu bila topup RM 10 tak masuk..biasanye aku topup guna kad jek..walaupun kerap ditawarkan topup secara terus oleh tokey kedai tu, tapi aku tak nak..tapi entah kenapa hari tu aku rasa nak terima pulak tawaran die..nah, dapat kau malang bertimpa2..dah lebur RM 10, tapi kredit tak masuk2 sampai ke sudah..

masalahnya, aku dah dapat mesej yang mengatakan kredit RM 10 nak masuk..aku pun tekan le OK..tapi haram jadah otak berjambul, kredit tu tak masuk pun..dah mengadu kat Celcom, tapi macam harem sebab dia kata kena tunggu 24jam..dan yang paling bangang kurang bijak bila mereka kata mereka tak mampu nak buat apa2..

so, aku patut salahkan siapa..? tokey kedai topup ke, Celcom ke, atau diri sendiri..??? argh...............

erm..bagaimana kalau kau sangat suka dengan seseorang tu..tapi bila tengok2 kat Facebook beliau, status beliau adalah In a Relationship..padahal sebelum ni kau pasti sangat2 yang beliau Single..dan yang paling perit adalah kau tahu yang beliau bukan ber-In-a-Relationship dengan kau..ape perasaan kau..?

perasaan aku..? ye, aku sedang sedih gile tahap babun kehilangan anak..

p/s : erm..sejujurnya, point terakhir tu yang paling buat aku sedih.. :(


Monday, November 9, 2009

♥..TaBiaT BuRuK aKu..♥

alhamdulillah..selesai sudah satu kertas pada jam 5.15 pm siang tadi..rasa kurang sikit beban sebab lepas ni hanya ulangkaji untuk kertas dalam Bahasa Melayu jek..walaupun aku tak hafal semua, tapi sekurang2nya, boleh le aku merapu sebab dalam bahasa ibunda sendiri.. :p

erm..sakit kepala le..mungkin sebab tak cukup tido..bukan ulangkaji sangat pun..bukak nota tu, memang le bukak..semangat nak ulangkaji tu dah ada le walaupun tak banyak..kuih raya dan air pun dah ada kat sebelah sebagai pengalas perut..tapi, Encik R tetap tak datang..kecewa betul.. :(

bila musim peperiksaan datang, mula la tabiat buruk aku pun datang jugak..apa die..? erm..gigit kuku le, ape lagik..sabarkan jek le dengan perangai buruk diri sendiri..sekarang ni sedang menahan diri daripada merosakkan kuku2 tangan yang sedang tumbuh dengan cantiknya.. (perasan gilos!)

tabiat buruk yang satu ni memang sebati dengan diri aku..dulu masa zaman sekolah pun aku terkenal sebab tabiat ni..kawan2 dan cikgu2 pelik tengok kuku aku..paling malu bila ada pemeriksaan kuku setiap kali perhimpunan..sampai ada cikgu tu cakap begini : "ha..Shima tu tak payah periksa kuku dia..memang kompem pendek..terlebih pendek lagi tu!"

aku kan muka tebal..buat tak tahu jek le..huhu..dulu selalu kena marah kerana tabiat ni..tapi tetap macam tu jugak..dan aku bawak tabiat buruk ni sehingga aku sambung belajar di Universiti Sayang Menyayang..ada jugak perasaan nak buang tabiat ni, tapi macam susah jek..agak2 ketagihan dadah macam ni le ek..?

dan aku dapat buang sedikit demi sedikit tabiat buruk ni sejak aku kenal ex aku..setiap kali aku dok kopek2 kuku depan dia, mula le dia tegur..dan lama kelamaan aku dapat jugak merasa punya kuku yang panjang dan cantik terbela..kalau tak, dulu macam bercagu jek..serius!

cuma yang tak boleh ubah ialah tabiat nak buang kulit tepi kuku tangan ni..aku rasa macam rimas semacam jek..mesti rasa nak kopek..kadang2 sampai kawan2 pelik tengok..dulu ex rumet aku pernah menegur begini : "Shima ni potong kuku ke, potong kulit..?"

siapa2 yang rapat dengan aku, memang dah tahu sangat le dengan tabiat aku yang satu ni..yang paling tak boleh blah bila aku buat ROS hari tu, cikgu Geografi aku masa Tingkatan 1 berkata begini : "Shima, Cikgu Azizah (isteri beliau) kirim salam..dia tanya, awak gigit kuku lagi tak..?" haha..tak sangka dia ingat lagi sampai sekarang.. :p

sekarang aku dah tak gigit kuku dah..sedaya upaya cuba buang..tapi kalau stress atau sedang memikirkan sesuatu, mula le tangan gatal nak kopek2 kuku dan kulit tepi kuku tu..bila kuku aku tu dah jadi pendek sependek-pendeknya, baru le nak menyesal..hampeh betul!

duhai jari..
tahan le..jangan le kau kopek2 kulit kau sendiri..walau sestress mana pun dengan exam, jangan le seksa diri sendiri..huhu..

tak tahu le bila nak berubah tabiat buruk ni..lepas kawen kot..kalau macam tu, nak kawen cepat2 le..haha.. ;) (gelak gile gedik)

p/s : rasa kosong sangat2..moga mak dan abah selamat pergi dan selamat kembali..amin..


Saturday, November 7, 2009

♥..SaJaK uNTuK EnCiK R..♥

baru sampai dari kampung pada jam 9.30 pagi..walaupun penat belum hilang dan mengantuk menguasai diri, tapi sempat pulak aku nak terbitkan satu entri.. (eh, macam pantun pulak)

sebenarnya aku sedang memuat turun nota2 kuliah..haha..melampau betul..lusa nak exam, baru le aku sibuk2..hampeh jek perangai! sebenarnya aku nak muat turun kat kampung masa cuti hari tu, tapi line broadband punya le semput..so aku rasa, baik aku muat turun kat Penang jek.. (alasan baik demi menutup kemalasan diri)

ni aku sempat nak update blog pun sementara nak tunggu muat turun nota..bapak lama..ingatkan kat kampung jek line teruk..rupanye kat Penang pun sama..tak guna betul le..baru le sekarang rasa nak menyesal sebab tak muat turun nota awal2.. "sesungguhnya kemalasan itu akan membawa kepada kehampehan!" (Shimaspeare, 2009)

sampai2 jek bilik, aku terus on Mr DeLL dengan niat suci nak muat turun nota kuliah..tapi kalau dengan tahap kelembapan line broadband yang tahap siput babi sedut, aku rasa macam nak cekik2 jek Mr DeLL..huargh............adakah niat suciku tidak bermakna apa2..?

mungkin saja jek tak nak bagi aku ulang kaji kot..hoho.. ;) saje jek nak suruh aku merapu2 dalam blog..sebab bila aku bukak blog ni, ok jek..takde apa2 masalah pun..tapi bila nak muat turun nota kuliah, macam2 masalah..saje jek line ni tau.. (dah malas, nak salahkan line pulak?)

lapar le..dah bawak siap2 serunding daging ayam dari rumah..dan tak dilupa jugak kuih raya..erm..kalau kau tanya tu kuih raya bila, aku dengan tak jujurnya jawab tu kuih Raya Aidiladha..kalau secara jujurnya, tu kuih Raya Aidilfitri le..tapi jangan bimbang, lambat lagik nak expired.. (ayat nak sedapkan hati)

dah dua minggu bermalas2an di kampung..bila balik ke bumi Penang ni, mood malas tu tetap ada.. (sebenarnya takkan hilang) tak tahu bila nak mula ulang kaji..muat turun nota ni, entah bila aku nak baca..kepala pun macam dah pusing2..jangan aku kena Broca's Aphasia, dah le..semua ni penangan subjek Psychology of Language..

tiba2 ada mood nak buat sajak..istimewa buat Encik R..aku harap dia sedang membaca entri ini.. (serius mood jiwang ni)

Encik R..

kenapa kau sering mempermainkan hati ini..?
aku tahu, aku hanyalah insan biasa..
kurang harta, kurang rupa..
kedudukanmu yang menjadi pujaan setiap orang membuatkan kau sombong!
kau pandang aku cuma sebelah mata..
rayuanku kau tak pernah hiraukan..
kasih sayangku kau campak ke tepi..

kau kejam Encik R..
kau kejam!
tapi aku ingin kau tahu..
aku tak pernah membencimu..
semakin kau lupakan aku, semakin aku ingin mengejarmu..
walaupun langkahku longlai, biarpun hatiku remuk..

aku dambakan perhatianmu..
aku ingin kau mengisi jiwaku..
aku mahu kau jadi penaman setiaku..

Encik R..
walaupun cintaku sebelah tangan cuma..
namun aku percaya, kau akan hadir dalam hidupku juga..
cuma aku tak pasti bila..
biar ribuan tahun..
biar puluhan kurun..
aku tetap menantimu..

oh Encik Rajin..
cepat2 lah hadir dalam hidupku..
supaya aku dapat menghabiskan ulang kaji nota2 kuliah ini..

sekian, terima kasey.............. (gaya David Alleycats)

maafkan aku andai kau tertipu..oh!


Tuesday, November 3, 2009

♥..CiNT♥ SHiMa..♥

sekarang ni drama Cinta Balqis sedang ditayangkan di TV3 pada jam 6.30 petang setiap Isnin hingga Khamis..dan aku jadi penonton setia..hari ni baru masuk episod kedua..so, kepada sesiapa yang tak tengok lagi, aku rasa belum terlambat untuk kau ikuti siri drama ini.. (apa aku ajak orang tengok drama pulak ni?patutnya aku ajak orang study..oh!)

kenapa aku suka drama ni..? selain daripada dibarisi pelakon2 yang hebat seperti Eira Syazira dan Zamarul Hisaham (sekadar menyebut beberapa nama), lokasi penggambaran drama tu yang menarik perhatian aku..berlatarkan ladang kelapa sawit dan kehidupan sebagai pekerja ladang, membuatkan drama itu sangat dekat dengan aku..

mungkin kerana dilahirkan sebagai anak FELDA menyebabkan aku dan kelapa sawit, tak dapat dipisahkan.. :) bila tengok drama tu, teringat zaman kanak2 aku..masa kecik2 dulu selalu le jugak ikut abah pergi ladang kelapa sawit..main paya, tangkap ikan, kutip biji sawit peroi, petik buah2 hutan..macam2 aktiviti..

sebenarnya dulu tak suka nak ikut abah pergi ladang..kalau ikut tu, memang kira terpaksa le..mulut muncung jek..sebab penat nak kutip biji peroi..kalau hujan, memang aku suka le sebab tak payah le buat kerja tu semua..kutip biji yang nampak jek..sebab agak payah le nak korek2 biji sawit yang dah terbenam dalam tanah..

selalu jumpa haiwan apa entah..macam kala jengking, tapi tak bisa..aku selalu jadikan haiwan tu sebagai alasan untuk tak nak kutip biji peroi..melampau betul! :p ladang kami tak le bersih macam ladang dalam drama Cinta Balqis tu..memang agak menyeramkan le kalau berada di tengah2 ladang tu..macam2 timbul dalam fikiran..takut ular le, takut harimau le, takut hantu le..

kalau dulu aku lakukan semua tu kerana terpaksa, sekarang ni serius aku rindukan saat2 tu..dah lama sangat2 aku tak jejak kaki ke ladang kelapa sawit kami..kalau dulu aku selalu hujan turun supaya aku tak payah kutip biji peroi, sekarang ni baru aku tahu betapa pentingnya ladang ni buat kami sekeluarga..aku dan adik beradik membesar hasil dari ladang ni..

sebab tu bila tengok drama Cinta Balqis tu, buat aku teringat memori yang pernah aku kutip semasa kecil di ladang kelapa sawit kami..bila tengok Eira Syazira tu berlari2 di ladang, terasa macam aku pun berlari2 sama..mungkin suatu hari, aku boleh buat cerita Cinta Shima pulak..haha.. :) (sambil gelak gedik)

berkata tentang cinta aku, hari ni aku nak perkenalkan cinta baru aku..yang mebuatkan aku semakin bahagia dan gembira di kampung..siapa dia..? jeng..jeng..jeng.. ;)



inilah Parut..anak aku yang terbaru..comel kan dia..? macam tuannya..haha.. :p


Parut agak malu2 ketika diambil gambar..tapi gambar ini tetap mengancam..


inilah Parut besar yang menjadi sejarah bagaimana beliau mendapat namanya..


aksi paling comel dari Parut..


Monday, November 2, 2009

♥..SeRaNgaN yaNG MeNgGiLa..♥

cepat jek masa berlalu..diam tak diam, dah seminggu aku melepak kat rumah..bila kata melepak tu, memang serius le melepak..melepak tanpa ragu2 dan was2..takdenya nak bukak buku ke, baca nota ke, ulangkaji ke..ape le nak jadi dengan aku ni..??

Mr DeLL pun agak lama jugak berehat semenjak entri terakhir pada 29 Oktober yang lalu..tadi masa aku keluarkan Mr DeLL dari beg, tiba semut berpusu2 keluar..mak ai..sang semut2 tu berkampung dalam beg aku rupanya..hampeh sungguh!

memang le banyak makhluk bernama semut dalam rumah mak aku ni..tapi tak sangka pulak semut2 ni boleh menyelinap masuk dalam beg aku..siap berkampung dalam Mr DeLL..bila aku bukak bateri, makin banyak semut yang keluar..

amboi2..mereka jadikan Mr DeLL aku sebagai taman permainan mereka pulak..durjana sungguh! dan aku baru lepas memicit mati seekor semut yang sedang berlari2 gembira di celah2 butang huruf papan kekunci Mr DeLL..Mr DeLL ni manis sangat (macam tuannya) kot, tu yang semut pun hurung..hihi.. ;)

yang paling dahsyatnye, mereka bukan setakat menyerang Mr DeLL, mereka juga menyerang aku dan keluarga..habis kena gigit satu badan..nak tidur pun tak senang..huwa..benci betul! :( habis merah2 satu badan..tergaru2 macam apa jek..sabarkan jek le..

dah habis berbotol2 racun serangga aku sembur, tapi haram tak mujarab..lepas kena sembur, aku tengok semut2 tu tergolek macam mati jek..tapi sejam lepas tu, mereka kembali berpesta dengan riang rianya..sakit jiwa aku dibuatnya..aku pun tak tahu ilmu apa mereka pakai hingga menjadi sekebal itu..argh..

dan yang sangat pelik tu, kenapa pulak rumah mak aku menjadi sasaran serangan mereka..macam2 spesies ada kat rumah ni..dari yang sekecik2 semut, sampai le sebesar2 semut..ada hari tu aku terjumpa semut yang bapak besar dia punya kepala..permaisuri semut agaknye..tu abang long aku yang cakap..kalau dia tipu aku, maknanya kau pun kena tipu le!

nak kata rumah aku banyak gula, tak pernah pulak abah pasang papan tanda KEDAI GULA depan rumah..apatah lagi papan tanda KEDAI GULA-GULA..hari tu, habis tudung yang aku hadiahkan kat mak kena bedal dengan semut2 tu..dengan batu2 tudung tu sekali mereka ngap..entah ubat gigi cap apa yang mereka pakai..

manis sangat ke rumah aku sampai mampu menarik jutaan (aku rasa le) semut bertandang ke rumah aku..? teringat pula cerita dua beradik - Hansel dan Gretel - yang menjumpai rumah yang diperbuat daripada kek dan gula2..suka tengok cerita tu masa kecik dulu..rasa macam best jek kalau aku jadi mereka.. :)



tengok jek gambar ni dah rasa lazat ek..?huhu.. :) tapi percayalah, rumah aku bukan seperti dalam gambar di atas..jadi aku tak tahu apa punca semut2 tu menyerang rumah aku..jadi apa aku patut buat untuk menghentikan serangan semut2 ni ek..? siapa yang ada petua, sila tinggalkan di ruangan komen..terima kasih.. :)

agak2 kalau aku buat memorandum perjanjian dengan permaisuri semut tu, ok tak..?

p/s : sori tak sempat nak balas komen dan bagi komen di blog kau..broadband slow tahap siput..nak terbit entri pun semput..nanti aku balik Penang, aku balas semua ok.. :)


Thursday, October 29, 2009

♥..aPa YaNg LaiNnYa..? ♥

selamat tengah hari! :) (ketika entri ni mula ditaip, masih tengah hari lagi)

aku baru lepas makan tengah hari..rasa tak berapa best sebab takde lauk sambal hari ni..bosannye bila tak dapat makan pedas..huwa.. :( tak tahu macam mana boleh terlupa buat sambal belacan..bila dah siap hidang semua atas meja, baru teringat nak buat..tapi oleh kerana kemalasan melanda, tetap jugak tak buat sambal belacan..oh!

ni le masa nak asah kemahiran memasak yang dah lama ditinggalkan..maklumlah, duduk kat hostel kolej memang membataskan aku untuk memasak..hari2 makan kat cafe hostel..hari2 makan sambal ikan keli..hari2 makan sayur kacang panjang campur telur..ape pun, terima kasih kepada tokey cafe sebab berjaya membuatkan berat badan aku naik..

sejak aku ada di rumah ni, banyak perkara berubah..macam2..apa dia..? ini dia :

televisyen akan on hampir 24jam..so, memang tak pelik bila bil eletrik naik mencanak bila aku berada di rumah..

tiada lagi lagu2 Arab yang berkumandang sebab aku yang menguasai remote televisyen dan aku akan pastikan abah tak bukak channel Arab..

nota tangan : tapi malangnya aku terpaksa mengalah bila abah nak tengok WWF..awal2 abah dah pegang remote televisyen..haha..macam budak2 jek kami ni.. :p

Cipuding akan berubah tempat tidur..kalau selalu beliau tido dengan abah dalam bilik, sekarang dia sibuk mintak aku kelon (sila rujuk Kamus Bahasa Jawa)..dan biasanya Cipuding akan menguasai lebih daripada separuh tilam aku..tido bersepah macam tuannye..ops!

makanan akan habis lebih cepat daripada biasa sebab aku kan kuat makan..macam2 resepi terbaru dan segera yang keluar demi nak memuaskan nafsu makan aku..hoho.. ;)

selain dari suasana rumah yang berubah, aku terasa jugak yang aku turut berubah bila berada di kampung..ketara jugak le perubahannya :

aku bangun awal bila kat kampung..haha..jangan tak percaya! :) kalau kat Penang kalau tak jejak tengah hari, memang le aku tak bangun lagi..bangun pun untuk makan tengah hari jek..tapi bila kat kampung, paling lambat pun aku bangun adalah pukul 8 pagi..

hari2 menghadap televisyen..maklumlah kat Penang kan aku tak dapat nak tengok televisyen..kalau nak tengok pun, time aku keluar makan kat kedai..ni kira ni macam qadha' le..haha.. :p

setiap masa minum air sejuk..kalau kat Penang, punya le payah nak dapat..kalau teringin sangat, kena pergi cafe..kat rumah, bila2 masa jek buka peti ais, kita minum dulu!

kadar kekerapan aku mengonlinekan diri juga berkurang..kalau kat Penang, hampir 24jam online..kat sini, kadang2 jek..time ketagih nak update blog kesayangan.. :)

tido pun berteman..peluk kiri, ada mak..peluk kanan, ada Cipuding..best!

nampaknya aku seperti kemanjaan bila berada di rumah..ada televisyen, pakaian pun mesin yang basuh, bila2 boleh makan secara percuma dan mendapat kasih sayang secara live dari mak dan abah..itu yang paling istimewa.. :)


Wednesday, October 28, 2009

♥..DaTuK DaN NeNeK : aKu TaK PuNya..♥

erm..cepatnye masa berlalu..hari ni dah hari Rabu..tak lama lagi, dah nak masuk hari Khamis..rasa macam baru jek tadi aku sampai kampung..huwa...maknanye, tak lama lagi aku kena balik Penang le..benci betul! :( takpe2..hari Ahad nanti baru nak cari tiket..

aktiviti kat rumah..? makan, tido, tengok tv, borak dengan mak dan bergembira bersama anak2 tersayang..sangat2 gembira tinggal di rumah..betapa aku sangat menghargai detik2 dapat bersama mak dan abah di rumah..

semalam pulang ke kampung mak dan abah di Pontian, Johor..untuk pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke kawasan perkuburan..selama hampir 22 tahun bernafas di bumi Tuhan, inilah pertama kali aku ziarah kubur datuk2 dan nenek2 aku..

pelik..? entahlah..abah kata, kalau nak berdoa, tak semestinya kena pergi ke kubur..setiap kali raya, kami tak pernah ziarah kubur..dulu pun bukan selalu balik kampung..biasa kami sambut di rumah sendiri dan menunggu saudara mara dan jiran tetangga yang datang bertandang..

rasanya semenjak setiap adik beradik aku dah punya kenderaan sendiri, barulah kekerapan pulang ke kampung tu meningkat..dulu masa kecik2, ade jugak balik kampung..tapi aku tak berapa ingat suasana masa tu..balik naik bas kot..huhu..

namun aku percaya..walaupun kami sangat2 jarang pergi menziarah kubur datuk dan nenek, doa untuk mereka tetap selalu ada..aku tak pernah kenal datuk2 aku sebelah mak dan abah..nenek sebelah abah pun aku kenal sampai umur aku 8 tahun jek..

aku ingat2 lupa muka nenek sebelah abah..kalau nenek sebelah mak, aku dapat bersamanya sampai aku sambung belajar di Universiti Sayang Menyayang..nenek 'pergi' ketika aku di tahun pertama pengajian..aku ingat, aku tak dapat balik masa tu sebab aku perlu menduduki peperiksaan..

sekarang aku dah takde siapa2..datuk takde, nenek pun takde..kalau balik kampung pun, pergi ke rumah mak cik (kakak abah)..aku anggap mak cik aku tu macam nenek aku sendiri..sekarang ni pun mak cik ade kat rumah..saja ikut buat teman mak.. :)

semalam, 27 Oktober 2009 bersamaan hari Selasa merupakan hari lahir mak Cik S, Puan Rohaya..
selamat hari lahir yang ke-44 mak..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
semoga perniagaan mak akan terus berkembang maju..
semoga ikatan kekeluargaan yang kita bina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat..insyaALLAH..

malangnya aku tak dapat bersama dengan mak Taiping untuk menyambut hari lahirnya bersama2..aku memilih untuk bersama mak Kota Tinggi di sini..ape pun, doa aku selalu ade untuk mak Taiping..Cik S ade hantar gambar mak Taiping melalui MMS, malangnye card reader aku hilang dah..benci! :(

sebenarnya banyak benda yang bergolak dalam hati aku sekarang..tapi tak tahu nak cerita bagaimana..cuma aku harap, kau doakan aku bahagia selalu ek.. :)


Monday, October 26, 2009

♥..aNaKKu PaRuT..♥

home sweet home.. :)

ye, aku sedang menaip entri dari meja di rumah..sambil ditemani mak di sebelah yang khusyuk menonton program di Astro Oasis..bak kata kawan aku : "bila dah tua, duduk rumah tengok Astro jek.." haha.. :p

cuti minggu ulangkaji seminggu jek..tapi tak tahu le bila aku nak balik Penang..dengan selambanya aku tak beli tiket balik Penang lagi..kalau tak dapat tiket, tak ke naya..dah le nak menghadap peperiksaan..huhu..takpe le..dekat2 nak balik le baru beli..

sangat seronok dapat duduk di rumah..berborak dengan mak..bercerita dengan abah..macam2 cerita keluar..rasa macam tak nak berhenti bercakap..aku kena gunakan nikmat yang diberikan sementara ini dengan sepuas2nye..

ade berita best aku nak bagitahu..jeng..jeng..jeng..

aku dapat anak lagi..!!! :) (sambil senyum lebar sampai ke telinga)

bukan anak sendiri sebab aku belum kawen lagi ok..dan bukan juga anak saudara sebab takde akak atau akak ipar aku yang bersalin pada waktu ini..

ye, anak kucing..ada anak kucing baru di rumah aku.. :) masa aku sampai jek kat rumah pagi tadi, beliau (anak kucing) tu macam malu2 jek dengan aku..tapi sekarang, dah manja gile..asyik bergesel2 kat aku..geram jek tengok..rasa nak peluk2 jek..

aku tanya mak ape nama anak kucing tu..mak kate, tak nak bagi nama..kejam betul..huhu..aku pun belek le kucing tu untuk mencari nama yang sesuai..dan aku telah sepakat (secara individu) untuk memberi nama Parut kepada beliau..

kenapa Parut..? sebab aku ternampak satu parut besar di badan beliau..tak tahu le kena ape..mungkin luka sebab bergaduh dengan kucing lain..nanti ade masa, aku upload gambar Parut yang berparut tu ek..

esok nak balik kampung kat Pontian..ada hal peribadi yang nak diuruskan..hanya mak, abah dan aku..tiba2 terasa macam aku ni anak tunggal pulak..haha..seronoknya! :)

nak enjoice puas2 kat kampung..

tak suka balik Penang..serius tak suka.. :(


Sunday, October 25, 2009

♥..TeNtaNg MeReKa..♥

mata aku sangat2 mengantuk di ketika ini..kalau letak kepala kat bantal, mesti lena punya! tapi entah kenapa jari jemari ini masih gagah untuk terus menaip sesuatu di blog kesayangan aku ini..sejak dua menjak ni, memang banyak yang nak aku coretkan di sini..moga kau tak jemu membacanya.. :)

entri2 aku sebelum ni, banyak berkisar tentang kawan2 aku di bumi Universiti Sayang Menyayang..tentang kenangan kami yang dah kami lalui mahupun kenangan yang sedang kami cipta bersama..meniti hari2 terakhir, nampaknye bukanlah suasana yang aku suka nak alami..sedih.. :(

di kesempatan yang ada, kami gunakan sebaik2nye agar menjadi sesuatu yang sangat2 indah untuk dikenang..kalau boleh, aku ingin abadikan setiap detik yang kami lalui agar ia menjadi umpama album kehidupan yang bisa diselak ketika kerinduan..

pada detik2 akhir bersama ni, banyak yang dirancang untuk melukis kenangan di kanvas kehidupan masing2..jadi kami pun merancang untuk mengadakan sesi bergambar mesra di sekitar kawasan Universiti Sayang Menyayang..

pada mulanya kami merancang nak pakai baju sedondon pada majlis BBQ hari Jumaat yang lalu, tapi malangnya tak berkesempatan..so, rancangan ditunda untuk sesi bergambar mesra pada hari ini..aku dan Huda bertungkus lumus mencari baju yang sesuai untuk sesi tersebut..sampai sakit kaki aku..huhu..

cari punya cari, jumpa la kat Jaya Jusco, Queensbay Mall..nampak warna macam menyerlah gilos..hentam saja le labu! bila lagik nak mencapub (mencari publisiti) kan..? kan..? ;) dan inilah hasilnya..jeng..jeng..jeng..


apa la yang aku buat tu, aku pun tak tahu..gaya tak boleh blah!


tiga dara sedang menggedik..yay! ;)

nota tangan : gambar2 ini diambil pada 25 Oktober 2009 bersamaan hari Sabtu..dari jam 5.30 petang sehingga jam 7 petang..lokasi di Tasik Harapan, Universiti Sayang Menyayang..

gembira tak terkata kerana dapat bersama kawan2 yang sekepala dengan aku..memang sakan bergambar sampai tak sedar dah nak masuk waktu maghrib..sempat menunaikan impian untuk bergambar di atas bukit berdekatan dengan bangunan Hal Ehwal Pelajar sambil menikmati suasana matahari terbenam.. :)

alang2 dah dapat keluar tu, memang nak enjoice sakan le..huhu..lepas jek sembahyang Maghrib, terus gerak pergi mencari tempat makan..tak tahu nak makan kat mana..pada mulanya nak pergi ke Restoren Pak Usin Tomyam, tapi aku tak ingat jalan le..huhu..hampeh betul!

akhirnya Restoren Kapitan juga yang jadi pilihan..itu jek yang ada dalam kepala aku dan aku ingat jalan nak ke sana.. :p walaupun Huda pada mulanya tak nak, tapi berjaya juga dipaksa oleh aku..hoho.. ;) sempat juga bergedik2 di Restoren Kapitan dengan baju boria kami..haha.. :p


aku berjaya mempengaruhi Huda untuk mencuba ayam tandoori yang best di Kapitan.. :)


air yang amat besar tu, Yati yang punya ok..haha.. :p


ayam tandoori sebelum dingap oleh aku..


selepas dingap, begini le rupanya.. :)

perut kenyang, hati senang..dapat mempengaruhi orang untuk mengikut apa yang aku suka, adalah sesuatu yang menyeronokkan..hehe.. :) puas hati bila mereka mengatakan ayam tadoori tu sedap..tak sia2 le aku pengaruh mereka..kepada sesiapa yang nak cuba, datang le sini..nanti aku jadi pemandu pelancong bergaji untuk kau ek..

antara mereka2, aku jek yang makan dengan licinnye..memang le sah2 aku ni kuat makan..mana le tak gemuknya! argh......... :( selesai sesi makan2, bersambung pula sesi borak2..siap bentang tikar kat depan Queensbay lagik tu..haha..dah macam picnic pulak.. ;)

memang malam yang menyeronokkan buat aku..macam2 kami sembang..dari hal semasa kecil, zaman sekolah, tentang kekasih hati masing2 (aku terkecuali ok), tentang masa depan..sempat juga keluar persoalan : siapakah yang akan kawen dulu antara kami berempat..? harap2 le aku..haha.. ;) (gile galak seh!)

sedar tak sedar, jam dah jejak pukul 11.30 malam..cepat jek masa berlalu..borak sakan sampai tak sedar..setiap pertemuan pasti ada perpisahan..dan kami harus akur..apa pun, aku sangat gembira pada malam ini..buktinya..? aku terus buat entri ni tau..huhu..

untuk kawan2 ku yang tersayang :

Azmalinda binti Azai a.k.a Azma
terima kasih kerana menjadi jurugambar terhormat kami selama ini..terima kasih kerana sabar dengan karenah kami terutamanya aku yang selalu gedik terlebih semasa bergambar.. (pengakuan ikhlas ni) aku harap kau tak allergic dengan kamera masa bersanding nanti..huhu..

dulu masa mula2 kenal kau, aku ingat kau ni skema jek..maklum le dengan spec kau tu..rupa2nya kau juga gile seperti aku.. :p

Noor Hayati binti Habib Mohd a.k.a Yati
terima kasih kerana menjadi pemandu terhormat kami selama ini..terima kasih kerana menjadi kawan yang baik selama 3 tahun lebih kita di sini..terima kasih kerana tahan dengan sikap panas baran Shima dan selalu menjadi pendengar yang setia..penyimpan rahsia..

Shima takkan lupa saat pertama kali bertentang MATA dengan Yati..aww...penuh dengan kenangan dan kejutan..haha.. ;)

Nurulhuda binti Nordin a.k.a Huda
untuk kembar tak seirasku, terima kasih sebab sudi mengepoh2 dengan aku selama ini..banyak suka duka kita kongsi sama terutamanye ketika menyiapkan assignment..huhu..terima kasih untuk pengalaman merempit yang kau berikan padaku..

sampai sekarang aku masih tercari2 apa persamaan antara kita berdua yang buat orang selalu keliru antara kau dengan aku..huhu..


dari kiri : Huda, aku, Azma dan Yati - sedang menayang baju boria kami..hoho..

terima kasih untuk segala kenangan yang kita cipta bersama..

maaf untuk keterlanjuran yang pernah aku buat dengan sedar ataupun tidak..

aku tak tahu nak kata apa lagi..aku terlalu menghargai persahabatan kita..segala pahit manis bersama, akan jadi kenangan paling indah dalam hidup aku..

terima kasih sangat2.. :(

p/s : aku akan pulang ke kampung Ahad malam..tiket pukul 10.30 malam..insyaALLAH pagi Isnin, sampai le Johor..doakan aku selamat sampai ek..tak tahu lagi bila nak balik Penang..macam tak nak balik jek..haha..suke suki! :p kalau rajin, berupdate le blog ni..kalau tak, tolong2 le bersihkan sawang yang ade ye..


Saturday, October 24, 2009

♥..aKu SaYaNg KaMu..♥



haha..buruknye tulisan di dalam gambar di atas kan..? ye, itu tulisan aku..biase le..nak cepat, tu yang buruk macam cakar kambing jek tu..tulisan aku sebenar cantik ok.. (saje nak puji diri sendiri) tak kisah le sama ade tulisan tu cantik atau tidak..makna di sebalik tulisan tu lebih penting..kan..? :)

hari ni adalah antara hari2 gembira dalam hidup aku..hari yang sangat mengujakan..berseronok2 di tepi pantai sambil menikmati [ayam, ikan, sosej, kentang, bawang, lada benggala, anak tomato, cendawan] bakar adalah kenangan yang sangat2 menyenangkan + mengenyangkan..

lebih bermakna bila dapat berpoya2 bersama kawan2 tersayang..meniti hari2 akhir kami bersama, menimbulkan perasaan berbaur..dalam gembira, ada sedih..gembira kerana kami akan berjinak2 di alam perkerjaan pada semester depan..sedih kerana kami akan berpisah tak lama lagi..huwa... :(

berBBQ di siang hari bukanlah satu tugas yang mudah..dengan panas membahang, memang menguji ketahanan mental dan fizikal..tapi itu bukan penghalang untuk kami menikmati majlis yang yang begitu bermakna ini..lagi2 dengan air laut yang memanggil2..huhu..

majlis bermula dengan sesi pembakaran makanan2 yang patut dibakar..memang sedap sangat2..terima kasih kepada AJK Makanan yang menyebabkan aku naik 5kg pada hari ini..oh! selesai makan2, bermulalah sesi bergambar kenangan..walaupun tak semua Tesolians hadir, tapi cukup untuk menghuru-harakan keadaan..


wajah2 Tesolians dengan slogan : Kami bakal pendidik bangsa! (macam tak percaya jek..sian bakal anak murid kami)


tak tahu nak komen apa..ni le kanak2 riang Ribena..aku berusaha banyak kali untuk menghasilkan lompatan sebegitu ok! berjaya jugak akhirnya.. :)


main cak3 dengan cik Azma..gilos gedik! (^_~)v


ni bergaya jek lebih..bakarnye tak jugak..haha.. :)


aku dan Lan a.k.a teman sekampung yang sengal..


5 dara pingitan yang gila bergambar..macam2 aksi ada! tema : gedik santai..hoho.. ;)


aku yang kuat makan..oh! (tudung herot pun aku tak peduli..yang penting, dapat makan)


aku beraksi nak terjun laut.. "you jump, I jump!"

majlis berakhir pada jam 2.30 petang.. (budak2 lelaki kelas aku pergi sembahyang Jumaat ok..jangan fikir bukan2 pulak) seronok dan hiba bercampur baur..walaupun mata aku dah separa tertutup ketika menyiapkan entri ini, tapi aku gagahkan jugak..betapa semangatnye aku.. (time buat assignment, takde pulak semangat macam ni)

yang best tentang hari ini :
perut kenyang dengan pelbagai makanan dan air yang lazat2 belaka..
hati senang kerana dapat bersama kawan2 berpoya2 di tepian pantai..
koleksi gambar bertambah dengan aksi2 yang terlampau..
kenangan yang sangat indah dan tidak akan dilupakan.. (selagi tak hilang ingatan)

yang tak best tentang hari ini :
kaki sengal sebab berdiri dan melompat2 demi mendapatkan aksi terbaik bergambar..
muka hangus asyik berjemur tepi pantai..
masa seakan cepat berlalu lebih daripada biasa..

kepada Tesolians 2006-2010..
terima kasih untuk kenangan indah ini..
aku sayang kamu, kamu dan kamu! :(